Friday, March 16, 2012

Kenangan hnye tinggal kenangan..

mmg da lme sgt x update this blog.. bkn xde ms actually.. tp x tau nk brcerite psl ap.. mgkn nie sedikit luahan ht dr azzah yg kecewa dgn percintaan yg x smpai ke gerbang perkahwinan seperti mana impian setiap gds..

pengalaman mengajar azzah untk brhati2 dgn lelaki.. 2x ptos cinta byk mempengaruhi azzah fobia dgn lelaki.. yg 1st bercinta berthn 2 tahun.. n my ex already married with tht girl on my birthday June 24.. i really hope tht they will be happily ever after.. its easy to forgive but hard to forget all those memories.. i pray 4 their happiness.. positive think myb Allah SWT want us 2 met d wrong person b4 He give us d right person.. and i believe in jodoh pertemuan di tangan Allah.. kte hnye mampu merancang.. sume nie mmg perit nk lpe kn.. makan thn gak untk lpe kn sume bnd nie..

after break with my ex.. azzah slalu join chat room.. just for fun n at d same time find new fren.. ms nie la cinta ke-2 berputik.. 6 bulan kami berkenalan.. 6 bulan kami couple.. spnjg brsme dy.. ht azzah byk trubat.. dgn setiap kte2 semangat n nasihat yg dy berikan.. dorongan untk meneruskan blajar smpai grad my deg.. n nmpk nyer jodoh msh x menyebelahi azzah.. without any explaination ive been rejected after 1 yr we together.. its hard 2 believe.. until now it will always make me sad.. br je 2 bln dy pg dr hdp azzah.. ive got d blessing from my parent.. hard to beleive all this thing.. mgkn ad hikmah yg trselit dlm setiap ujian.. ssh untk trime.. azzah rs brsyukur sgt dikurniakan seorg lelaki yg baik lbh baik dr yg sblm nie.. once again Allah SWT sentiasa menetapkan setiap perjalanan hmba2 Nya.. 

Allah SWT menguji azzah dgn menarik org2 yg azzah cinta.. tp azzah brsyukur sgt sbb Allah SWT memanjang kn umor ke2 org tua azzah untk sentiasa mnjd tulang blkg azzah x kre ms azzah jatoh n bgon.. kekecewaan nie byk buat azzah berubah.. Alhamdulillah azzah lbh byk mendekatkn dr dgn Allah SWT.. buat ms nie mgkn pn2 ht nie trttop untk mne2 lelaki.. bkn brptos asa dgn jodoh.. tp biarlah ms yg menentukan.. lke luaran bole sembuh tp kdg2 ad jg yg meninggalkan parut sbg kenangan.. luke kt ht nie tbe ms ia akn sembuh jgk st hr nnt.. azzah doakan yg trbaik buat kedua2 lelaki yg prnh hadir dlm hdp azzah walaupn seketika.. dlm ht ini sentiasa mghrp & berdoa supaya dy kembali semula pd azzah.. bohongla kalo azzah ckp azzah da lpe kan semua.. azzah lpskn dy pergi dgn seikhlas ht n azzah redha.. mgkn blom tbe ms nyer lg untk azzah hdp brsme dgn golongan lelaki.. sekadar untk perkongsian..

kpd kwn2 yg sdg brcinta & mghrpkn yg trbaik.. azzah nk brkongsi st doa yg azzah dpt dr blogger.. 


Allah yang Maha Pemurah..
 Terima kasih Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan ku dengannya.
Terima kasih untuk saat-saat yang indah yang boleh kami nikmati bersama,
Terima kasih untuk setiap pertemuan yang boleh kami lalui bersama,
Terima kasih untuk setiap saat-saat yang lalu,
Aku datang bersujud di hadapan-Mu,
Sucikan hatiku Ya Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.

Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
Janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya,
Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya,
Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku dan usirlah dia dari relung hatiku,
Gantikan damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Tolonglah agar aku dapat mengasihinya sebagai sahabat.

Tetapi jika Kau ciptakan dia untukku, Ya Allah..
Tolonglah satukan hati kami,
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerimanya seutuhnya,
Berikanku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk memenangi hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan mahu menerimaku dengan segala kelebihan dan kekuranganku sebagaimana aku telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh-sungguh mencintai dan rela membagi suka dan dukaku dengannya.

Ya Allah yang Maha Pengasih, dengarlah doaku ini.
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu

Allah yang Maha Kekal, aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku.
Luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Pergumulan ini mengajar aku untuk hidup makin dekat pada-Mu, untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju terang-Mu.
Ajarlah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.

Jadilah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang jadi dalam setiap bagian hidupku, Ya Allah..
Amin..

nie doa yg ke-2

YA ALLAH
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku tercipta untuk buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kebahagiaan itu abadi
Dan YA ALLAH Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi YA ALLAH
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandangan ku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta YA ALLAH Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya

Dan YA ALLAH yang tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya
YA ALLAH Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdir MU
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini

YA ALLAH
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan akhirat
Dengarlah rintihan dari hamba MU yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh
AMIN… YA RABBAL ALAMIN